promosi! promosi! terbaek!

Pages

Wednesday 24 August 2011

first time masak macam orang tua.

Aku masak <-- sambil buat muka bangga gilaa. Puasa yang keberapa entah tak ingat aku ambil keputusan untuk memasak so siang siang lagi aku dah tanya resepi kat member aku dia bagi resepi sayur yang sedap tu dan resepi udang bercili pedas sedap tu aku amek kat blog aku bukan chef. Memang terbaekkkk!!
Published with Blogger-droid v1.7.4

test testing *__*

Agak stress!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday 25 July 2011

kursus jahitan manik.

dear blog..

Assalamualaikum.

dah lama tak update blog kan. pemalas sungguh tuan punya blog nih. banyak cerita yang nak diceritakan nih tapi macam dah basi ja so hari ni saya<---biaq btoi aku nih nak cerita apa yang terjadi dekat office saya hari ini. mara anjurkan satu kursus iaitu kursus jahitan manik asas (chewah!) aku<---tukaQ plak la yang handle semua benda-benda alah ni. dah la tuh susah gila nak cari peserta dulu depa nih semua bukan main minta nak kursus tapi sekali dah anjur dengaQ pulak kena bayaQ terus cipta 1001 alasan. haishhh. nak kata tak sampai hati pulak sebab semua sama bangsa dengan aku. akhirnya dapat lah aku cari 21 orang. syukur. aku nak join jugak tapi cikgu tak bagi bahan kat aku daaa. aku jadi tukang tengok je la. macam biasa aku mesti ada gambaQ syok sendiri untuk tontonan anda. hahaha. zasss :P








tq. bye :)

Monday 4 July 2011

aku dah faham.

dear blog..

baru-baru ni aku tension gila ngan blog aku ni nak reply comment tak leh nak follow pun tak boleh. akhirnya aku p menumpang kat komputer canggih flat screen kak shida ropenyee komputer aku yang problem la. adesss penat maki blog aku. ampun ye. bila la aku nak dapat komputer baru ni. komputer aku sangat-sangat la terhad pengunaannya flash tak dak, nak tengok video pun tak boleh. facebook jangan harap la kan "-.-

sampai sini sahaja entry kali ini. pendek je kan. dah menumpang tak boleh duk guna buat macam harta sendiri kan.

bye :)

assalamualaikum julai.

dear blog..

Assalamualaikum.

setelah dua kali backspace baru aku start mukadimmah. hahaha mukadimmah la sangat. aku dah bosan la keja dengan goverment ni aku rasa jiwa aku tak duk kat sini la. tensiooonn nya! aku rasa aku kena buat keputusan nekad la tapi keputusan yang macam mana? okei pikiaQ dulu.

Monday 27 June 2011

WISHLIST

dear blog..

Assalamualaikum.

dah lama aku tak berblogging nih. banyak kot lalang duk tumbuh. aku nih banyak benda nak tulis tapi mcam tak dak mood la taip. aku rasa nak buat wishlist la walaupun dah setengah tahun tapi aku nak buat wishlist jugak tak kira. hehehe. aku nak buat wishlist tempat aku nak pergi.

1. Sarawak
2. Pahang
3. Langkawi
4. Cameron Highlands
5. Bukit Tinngi
6. Bukit Tambun

tadaaa! itu lah tempat-tempatnya dalam malaysia je. kawan aku tanya awat tak p luaQ negara? amboi amboi amboi malaysia pong aku tak habis tawan lagi ni nak suruh aku p luaQ negara pulak. harap harap en.husband dapat menunaikan impian aku. satu pun jadi la tapi kalau semua lagi bagus. wakakaka. aminn.

tQ :)

Monday 13 June 2011

kak aku dah tunang!

dear blog..

Assalamualaikum.

tanggal 05062011 kak aku bertunang dengan jejaka pilihannya. hahaha. akhirnya semoga kekal pertunangan hingga ke jinjang pelamin ye my sis. tapi bukan nak puji la cantik kak aku pada hari tersebut. auww puji ada makna nih :P ni ada beberapa keping gambaQ yang en.husband and me sempat snap. layaaannn :)

hantaran dari pihak perempuan

hantaran kedua dua belah pihak



daus & dura


kak daus & dura & adik daus

sarung sarung

rombongan

izzham yang kuat tido ;)



orang kuat

akhirnya bukan senang nak tangkap gambaQ kek bedah nih

with my bross

my big family ;)

cina bukit :P

pak omaQ & kak bedah


tQ :)

Thursday 9 June 2011

business card!

dear blog..

Assalamualaikum.

baru lepas wat entri JK tetiba ada benda best pulak (sebenarnya tak de la best mana) hehe. hari selesa hari tuh member aku minta tolong edit business card yang dia dah buat dan of course la aku kritik kau kau punya al maklum lah dulu ngaji graphic (poyo kot ang nih) hahaha. pas2 tadi dia balik dari kedai print dia tunjuk kat aku kad dia dah siap apa lagi rasa mcm unbelieveable la sbb aku design bodoh je tak sangka depa terima pakai kad aku. wah wah wah. rasa bangga sat (kembang idung aku yang dah sedia kembang nih). ni ada gambaQ sebelum dan selepas. sila kritik :P


sebelum



selepas ^_^


*3 tahun kot tak maen adobe asyik layan word ja!

tQ :)

Wednesday 8 June 2011

perempuan.

dear blog..

Assalamualaikum.

semalam aku tak dapat tidoQ sebab banyak benda yang aku pikiQ. banyak sangat. ermmm. salah satu nya pasai perempuan. setelah aku pikiQ pikiQ aku renungkan.. ya Allah susah nya nak jadi perempuan dan lagi susah nak jadi perempuan yang sempurna.

dari lahir hingga lah dewasa banyak benda yang perempuan kena jaga dan salah satu nya MARUAH. bermula dari kecil kita kena dah di didik dan diajar supaya menjaga perangai, abad dan percakapan kita dengan orang yang lebih dewasa sebab nak jaga MARUAH ibu bapa kita. dan bila meningkat remaja pulak kita kena jaga tingkah laku, pemakaian dan MARUAH diri kita. Selepas kahwin lagi lagi lagi lagi lah tercabar tahap kesabaran kita untuk menjadi isteri yang solehah dan taat pada suami. kita kena jaga macam macam pasai husband kita. dan paling paling paling penting kita kena jaga MARUAH suami kita. penat tak jadi perempuan? takkan sebab tu lah martabat perempuan tinggi.

aku berdoa semoga aku mampu harungi semua dugaan yang diberikan oleh-Nya. kadang-kadang aku rasa macam dah give up gila. tapi aku tau Allah s.w.t berikan aku dugaan sebab Dia tau aku boleh melaluinya. alhamdulillah.

*start hari ni aku akan jadi JK (jiwa kacau)

tQ :)

Monday 30 May 2011

tempahan coklat.

dear blog..

Assalamualaikum.

Sesiapa berminat untuk menempah coklat dari saya sila la hubungi saya di talian 019-3893520 atau email blossom_alya85@yahoo.com saya menanti tempahan dari anda. sokonglah coklat buat malaysia. chewaah :)

pelbagai bentuk seperti:

- kipas
- huruf
- bunga rose
- empat segi
- love
- shell
- bola
- lolipop
dan macam macam lagi..

pelbagai 'inti' seperti:

- badam
- hazelnut
- kismis
- kuaci
- walnut

* harga boleh di runding. jangan malu jangan segan sila sila la tempah ye :)

tQ :)

My first customer and my first handmade chocolate :)

dear blog..

Assalamualaikum.


nampak tak huruf U & A rosak sikit kan. hehe. saya dah buat yang baru tapi tak snap la plak. auch!




* Thanks kepada pelanggan pertama saya (kakak sendiri) :P

Tuesday 24 May 2011

subway FREE!

dear blog..

Assalamualaikum.

Lunch time tadi kawan aku belanja subway setelah puas aku buat muka toya la kan br dia blanja. hahaha. blanja pon guna kupon buy 1 6'' sandwich and 2 soft drink free 1 lagi 6'' sandwich. gila sedap kot mungkin sebab free. tapi memang sedap la dan kenyaaang sangaaaat! alhamdulillah.




tQ :)

Monday 23 May 2011

tragedi tanah runtuh di hulu langat

dear blog..

Assalamualaikum.

aku tak pasti berapa hari bulan kejadian tanah runtuh ni. aku dapat tau pon pada hari sabtu lepas. tengok berita ngan paper ada yang meninggal ada yang hilang dan ada yang cedera. aku sedih sangat sebab kejadian tuh jadi kat rumah anak-anak yatim tuh. hemmm. dugaan. hari ini aku baca paper adik muhd aizad qushyariry dapat jumpa mak dia setelah 11tahun terpisah kiranya ada hikmah la disebalik kejadian ini. alhamdulillah.

tQ :)

Sunday 22 May 2011

Nur kasih

dear blog..

Assalamualaikum.

hari sabtu yang lepas aku and rara p tgk wayang nur kasih. best sangat tapi mula-mula macam susah nak paham jalan cerita tu lama-lama setelah berfikir menggunakan otak 512mb aku nih akhirnya..meleleh leleh air mata aku. memang best. dah la sebelum masuk wayang shopping makanan macam nak p bekelah dengan hotdog, chicken meatball, fish and chip dmml (dan macam macam lagi) hehehe. hampa perasaan tak hotdog 1901 tagline dia best woook! nih aku ada tangkap gambaQ.

best kan dia punya tagline :)




tQ :)

Thursday 19 May 2011

cara penggunaan dabus aromatheraphy oil

dear blog..

Assalamualaikum.

pada entry yang sebelum ni saya ada terangkan apa itu dabus dan kelebihan minyak dabus kan. ok pada entry kali ini saya akan menerangkan cara-cara penggunaannya.

1) Pelembap Kulit
- Goncang sebelum digunakan.
- Sapukan dabus sehingga rata.
- Tunggu 3 hingga 15 minit kemudian sapu dengan air.

* saya guna minyak ni selepas saya memakai toner sangat berkesan. saya boleh rasa perubahan pada pipi saya rasa tegang.

2) Gel Mandian
- Goncang sebelum digunakan.
- Masukkan 3 titik atau 1/2 penutup dabus ke dalam 1 mangkuk (1/2 liter) air.
- Ratakan ke seluruh badan dan biarkan sehingga kering tanpa dilap.

3) Sauna
- Goncang sebelum digunakan.
- Masukkan 1/2 penutup botol dabus ke dalam pemanas air dan
biarkan mendidih sehingga wap memenuhi ruang sauna.
- Masuk ke dalam ruang sauna selama 10 minit.
- Keluar daripada ruang sauna dan ratakan lagi 1/2 penutup botol dabus ke seluruh badan.
- Masuk sekali lagi ke dalam ruang sauna selama 10 minit.
- Membantu menurunkan berat badan.

4) Urutan
- Goncang sebelum digunakan.
- Masukkan 1 penutup dabus ke dalam 1/2 mangkuk air.
- Sapu pada bahagian yang hendak diurut.

5) Penjagaan Wanita
- Goncang sebelum digunakan.
- Masukkan 1/2 penutup dabus ke dalam 1/2 mangkuk air.
- Gunakan ia sebagai air bilasan.

selamat mencuba.

tQ :)

DABUS aromatheraphy oil

dear blog..


DABUS minyak aromaterapi mengandungi pelbagai vitamin (A, B, C, E), mineral (zink, kalsium, potasium & sodium), kolagen, asid lemak,
antioksidan dan enzim yang sangat baik dan berkesan untuk kesihatan kulit dan penyembuhan.

Ia bebas dari bahan-bahan beracun arsenik, plumbum, raksa dan kadmium.Teksturnya lembut dan halus membuatnya cepat
meresap ke dalam kulit; membuat kulit kelihatan lebih lembab, cerah, cantik dan sihat.
Ia boleh disapu terus ke mana-mana bahagian badan, muka, rambut atau digunakan sebagai campuran mandian aromaterapi,
sauna dan urutan aromaterapi.

DABUS boleh digunakan sebagai set penjagaan kulit 'semua dalam satu': sebagai pembersih, toner, pelembab dan penghadang
kesan UV sinaran matahari. Tidak seperti kebanyakan penghadang UV, DABUS tidak membuat kulit anda berminyak atau melekit
ketika terdedah kepada haba atau ketika berpeluh. Ia melindungi makeup wajah anda dari kelihatan 'cair' ketika terdedah
kepada sinaran matahari.

DABUS juga dapat mengurang rasa tidak selesa yang disebabkan oleh ketegangan otot, radang sendi, selsema, batuk, tekanan,
angin dalam badan, loya, alergi kulit dan keletihan.

* Ramuan eksotik rempah ratus, herba dan buah-buahan terpilih diadun secara semulajadi tanpa bahan kimia atau pengawet
untuk membantu melancarkan peredaran darah, meningkatkan kadar metabolisma, menyahtoksid dan juga penghasilan semula
sel-sel baru.


BiGDee Magic Potions

Sejak beribu tahun lampau manusia telah mengguna pelbagai ramuan untuk kekal atau kelihatan cantik dan sihat.
Pada awalnya mereka menggunakan bahan-bahan dari sumber semulajadi yang terdapat di sekeliling mereka.
Kemudiaan mereka mula mencuba dengan bahan-bahan yang dicipta sendiri.
Magic Potions adalah cetusan daripada penemuan resipi rahsia kecantikan, kesihatan, penyembuhan dan keremajaan
kulit dari alam semulajadi yang telah menjadi amalan di zaman lampau. Ramuan pelbagai tumbuhan, rempah ratus dan herba
terbukti sangat berkesan untuk merawat dan meremajakan kulit dan pelbagai khasiat yang lain.

Ramuan ini diproses mengikut kaedah tersendiri yang mengekalkan kandungan nutrisi dan komposisi kimia semulajadi
yang terdapat di dalam bahan-bahan yang digunakan. Proses yang berperingkat ini termasuk fasa fermentasi biologi oleh
kulat dan yis tertentu yang sesuai dengan resipi yang telah diketahui. Proses fermentasi ini menghasilkan pelbagai enzim,
mineral, pospolipid, kolagen, partikel nano dan vitamin yang penting untuk kesihatan.

Tanpa tambahan kimia pengawet, pewangi, alkohol dan penstabil



tQ :)

Wednesday 18 May 2011

Fast 5 ♥♥♥

dear blog..

weekand ari tuh kami p tengok cerita fast 5. gila best memang tak rugi la duk oo som dengan en. husband nak tengok cita apa antara kongsi dengan fast 5 last last fast 5 menjadi winnernya. hahaha. terbaik wook! nih kalau ada orang nak belanja lagi p tengok fast five confirmmm p. disebabkan movie kami midnite sooo jeng jeng jeng. beberapa keping gambaQ telah di-snapkan bagi memenuhkan memory card.







tQ :)

muhammad izzham shah

dear blog..

dah lama besalin maksu aku tapi nih br nak upload gambaQ anak dia sebab tak dak card reader la. hehe. nih anak maksu aku yang ke-4. empat-empat anak maksu aku laki. BAGUS! kesian baby nih sampai sekarang masih kuning lagi. ermm. semoga cepat sembuh ye izham. ni ada beberapa keping gambaQ dari handpon murah aku.


ni gambaQ kaki baby. aku sangat teruja tengok kaki dan tangan baby



tQ :)

Ulang Tahun Kelahiran Siti Zubaidah Jaafar

dear blog..

hari ni genap 50 tahun umuq my mum. aku memang tak sempat la nak celebrate sbb masa dan waktu (tu la perangai anak banyak nauu bagi alasan) so aku wish ja la. mak aku memang suka bulan 5 nih sebab dia dapat banyak hadiah kot! hahaha. so untuk puan siti zubaidah jaafar anakmu ingin mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran semoga mak sentiasa dirahm,ati oleh-Nya. Sayaaaaaaaaaang MAKKK!

my mum yang tengah-tengah. of course lah kan. susah nak cari gambaQ mak aku nih sebab mak aku tak suka bergambaQ

Sunday 15 May 2011

pemergian atuk.

dear blog..

tanggal 11 May 2011 atuk adam a.k.a en. husband telah kembali kerahmatullah. aku agak bersyukur jak la sbb sempat jumpa dia. 2 bulan dia sakit tua aku ngan en. husband tak sempat nak balik tapi minggu lepas 8 May 2011 kami balik kampung so sempat jumpa. sebelum nih dia tak buka mata tapi masa kami balik dia buka mata. teharu rasa. semoga atuk ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. amin :(

selamat hari guru

dear blog..




tQ :)

Thursday 5 May 2011

semangat pagi jumaat yang indah :)

dear blog..

assalamualaikum. tepat jam 7:47 a.m aku post entry kt puansitiadliah.blogspot gila semangat macam semangat PM mai konti HOT FM pagi tadi ni la. ermm sat lagi ada baca yasin nih. opis aku tiap tiap jumaat wat baca yasin. bagus la jak bat macam tuh boleh aku mengimprovekan lagi aku punya bacaan yassin.

aku nak cita pasai keja part time aku. alhamdulillah la semuanya berjalan ngan lancar dan tenang. keja dikelilingi dengan cina depa best kot walaupun aku p keja berhijab depa gila caring punya olang sebelum aku balik depa mesti cakap take care ye @ hati-hati. aku dah hampir 3 tahun keja ngan mara tak pernah pong depa cakap macam tuh kat aku. sedih! tapi aku macam penat cikit la sbb la ni aku masuk keja kul7:30 a.m awai tuh mak aku mesti bangga. hahaha.

okei la nak p baca yassin pastu ada makan free. en.rosdi buat kenduri dia nak p umrah. alhamdulillah.

gambaQ gedik yang semangat. nampak tak mata aku gila lebam. haissh.



tQ :)

Wednesday 4 May 2011

Thor 3D

dear blog..

over gila kan title post kan. 3D pon nak bgtau. walaupun kepenatan+pening pala aku p layan jak en.husband p tgk thor 3D sampai terlena seketika. hahaha. hero dia punya la tinggi dah tuh badan ketak-ketak plak tuh. sapa dah p tgk? perasan tak heroin dia over gila kiss laki tuh kan. sapa tak over, ahaks! sbnrnya kitorang nak tgk fast five tayangan perdana tapi semua full tuuhh. dasssaaat! movie kami lambat lagi so aku n en.husband mengambil keputusan p minum kopi so terjadi la lagi aktiviti senget kitorang. hahaha. siap terserempak ngan yong lagi :P








* aku bagi 5 bintang untuk filem THOR 3D

tQ :)