promosi! promosi! terbaek!

Pages

Monday 30 May 2011

tempahan coklat.

dear blog..

Assalamualaikum.

Sesiapa berminat untuk menempah coklat dari saya sila la hubungi saya di talian 019-3893520 atau email blossom_alya85@yahoo.com saya menanti tempahan dari anda. sokonglah coklat buat malaysia. chewaah :)

pelbagai bentuk seperti:

- kipas
- huruf
- bunga rose
- empat segi
- love
- shell
- bola
- lolipop
dan macam macam lagi..

pelbagai 'inti' seperti:

- badam
- hazelnut
- kismis
- kuaci
- walnut

* harga boleh di runding. jangan malu jangan segan sila sila la tempah ye :)

tQ :)

My first customer and my first handmade chocolate :)

dear blog..

Assalamualaikum.


nampak tak huruf U & A rosak sikit kan. hehe. saya dah buat yang baru tapi tak snap la plak. auch!




* Thanks kepada pelanggan pertama saya (kakak sendiri) :P

Tuesday 24 May 2011

subway FREE!

dear blog..

Assalamualaikum.

Lunch time tadi kawan aku belanja subway setelah puas aku buat muka toya la kan br dia blanja. hahaha. blanja pon guna kupon buy 1 6'' sandwich and 2 soft drink free 1 lagi 6'' sandwich. gila sedap kot mungkin sebab free. tapi memang sedap la dan kenyaaang sangaaaat! alhamdulillah.




tQ :)

Monday 23 May 2011

tragedi tanah runtuh di hulu langat

dear blog..

Assalamualaikum.

aku tak pasti berapa hari bulan kejadian tanah runtuh ni. aku dapat tau pon pada hari sabtu lepas. tengok berita ngan paper ada yang meninggal ada yang hilang dan ada yang cedera. aku sedih sangat sebab kejadian tuh jadi kat rumah anak-anak yatim tuh. hemmm. dugaan. hari ini aku baca paper adik muhd aizad qushyariry dapat jumpa mak dia setelah 11tahun terpisah kiranya ada hikmah la disebalik kejadian ini. alhamdulillah.

tQ :)

Sunday 22 May 2011

Nur kasih

dear blog..

Assalamualaikum.

hari sabtu yang lepas aku and rara p tgk wayang nur kasih. best sangat tapi mula-mula macam susah nak paham jalan cerita tu lama-lama setelah berfikir menggunakan otak 512mb aku nih akhirnya..meleleh leleh air mata aku. memang best. dah la sebelum masuk wayang shopping makanan macam nak p bekelah dengan hotdog, chicken meatball, fish and chip dmml (dan macam macam lagi) hehehe. hampa perasaan tak hotdog 1901 tagline dia best woook! nih aku ada tangkap gambaQ.

best kan dia punya tagline :)




tQ :)

Thursday 19 May 2011

cara penggunaan dabus aromatheraphy oil

dear blog..

Assalamualaikum.

pada entry yang sebelum ni saya ada terangkan apa itu dabus dan kelebihan minyak dabus kan. ok pada entry kali ini saya akan menerangkan cara-cara penggunaannya.

1) Pelembap Kulit
- Goncang sebelum digunakan.
- Sapukan dabus sehingga rata.
- Tunggu 3 hingga 15 minit kemudian sapu dengan air.

* saya guna minyak ni selepas saya memakai toner sangat berkesan. saya boleh rasa perubahan pada pipi saya rasa tegang.

2) Gel Mandian
- Goncang sebelum digunakan.
- Masukkan 3 titik atau 1/2 penutup dabus ke dalam 1 mangkuk (1/2 liter) air.
- Ratakan ke seluruh badan dan biarkan sehingga kering tanpa dilap.

3) Sauna
- Goncang sebelum digunakan.
- Masukkan 1/2 penutup botol dabus ke dalam pemanas air dan
biarkan mendidih sehingga wap memenuhi ruang sauna.
- Masuk ke dalam ruang sauna selama 10 minit.
- Keluar daripada ruang sauna dan ratakan lagi 1/2 penutup botol dabus ke seluruh badan.
- Masuk sekali lagi ke dalam ruang sauna selama 10 minit.
- Membantu menurunkan berat badan.

4) Urutan
- Goncang sebelum digunakan.
- Masukkan 1 penutup dabus ke dalam 1/2 mangkuk air.
- Sapu pada bahagian yang hendak diurut.

5) Penjagaan Wanita
- Goncang sebelum digunakan.
- Masukkan 1/2 penutup dabus ke dalam 1/2 mangkuk air.
- Gunakan ia sebagai air bilasan.

selamat mencuba.

tQ :)

DABUS aromatheraphy oil

dear blog..


DABUS minyak aromaterapi mengandungi pelbagai vitamin (A, B, C, E), mineral (zink, kalsium, potasium & sodium), kolagen, asid lemak,
antioksidan dan enzim yang sangat baik dan berkesan untuk kesihatan kulit dan penyembuhan.

Ia bebas dari bahan-bahan beracun arsenik, plumbum, raksa dan kadmium.Teksturnya lembut dan halus membuatnya cepat
meresap ke dalam kulit; membuat kulit kelihatan lebih lembab, cerah, cantik dan sihat.
Ia boleh disapu terus ke mana-mana bahagian badan, muka, rambut atau digunakan sebagai campuran mandian aromaterapi,
sauna dan urutan aromaterapi.

DABUS boleh digunakan sebagai set penjagaan kulit 'semua dalam satu': sebagai pembersih, toner, pelembab dan penghadang
kesan UV sinaran matahari. Tidak seperti kebanyakan penghadang UV, DABUS tidak membuat kulit anda berminyak atau melekit
ketika terdedah kepada haba atau ketika berpeluh. Ia melindungi makeup wajah anda dari kelihatan 'cair' ketika terdedah
kepada sinaran matahari.

DABUS juga dapat mengurang rasa tidak selesa yang disebabkan oleh ketegangan otot, radang sendi, selsema, batuk, tekanan,
angin dalam badan, loya, alergi kulit dan keletihan.

* Ramuan eksotik rempah ratus, herba dan buah-buahan terpilih diadun secara semulajadi tanpa bahan kimia atau pengawet
untuk membantu melancarkan peredaran darah, meningkatkan kadar metabolisma, menyahtoksid dan juga penghasilan semula
sel-sel baru.


BiGDee Magic Potions

Sejak beribu tahun lampau manusia telah mengguna pelbagai ramuan untuk kekal atau kelihatan cantik dan sihat.
Pada awalnya mereka menggunakan bahan-bahan dari sumber semulajadi yang terdapat di sekeliling mereka.
Kemudiaan mereka mula mencuba dengan bahan-bahan yang dicipta sendiri.
Magic Potions adalah cetusan daripada penemuan resipi rahsia kecantikan, kesihatan, penyembuhan dan keremajaan
kulit dari alam semulajadi yang telah menjadi amalan di zaman lampau. Ramuan pelbagai tumbuhan, rempah ratus dan herba
terbukti sangat berkesan untuk merawat dan meremajakan kulit dan pelbagai khasiat yang lain.

Ramuan ini diproses mengikut kaedah tersendiri yang mengekalkan kandungan nutrisi dan komposisi kimia semulajadi
yang terdapat di dalam bahan-bahan yang digunakan. Proses yang berperingkat ini termasuk fasa fermentasi biologi oleh
kulat dan yis tertentu yang sesuai dengan resipi yang telah diketahui. Proses fermentasi ini menghasilkan pelbagai enzim,
mineral, pospolipid, kolagen, partikel nano dan vitamin yang penting untuk kesihatan.

Tanpa tambahan kimia pengawet, pewangi, alkohol dan penstabil



tQ :)

Wednesday 18 May 2011

Fast 5 ♥♥♥

dear blog..

weekand ari tuh kami p tengok cerita fast 5. gila best memang tak rugi la duk oo som dengan en. husband nak tengok cita apa antara kongsi dengan fast 5 last last fast 5 menjadi winnernya. hahaha. terbaik wook! nih kalau ada orang nak belanja lagi p tengok fast five confirmmm p. disebabkan movie kami midnite sooo jeng jeng jeng. beberapa keping gambaQ telah di-snapkan bagi memenuhkan memory card.







tQ :)

muhammad izzham shah

dear blog..

dah lama besalin maksu aku tapi nih br nak upload gambaQ anak dia sebab tak dak card reader la. hehe. nih anak maksu aku yang ke-4. empat-empat anak maksu aku laki. BAGUS! kesian baby nih sampai sekarang masih kuning lagi. ermm. semoga cepat sembuh ye izham. ni ada beberapa keping gambaQ dari handpon murah aku.


ni gambaQ kaki baby. aku sangat teruja tengok kaki dan tangan baby



tQ :)

Ulang Tahun Kelahiran Siti Zubaidah Jaafar

dear blog..

hari ni genap 50 tahun umuq my mum. aku memang tak sempat la nak celebrate sbb masa dan waktu (tu la perangai anak banyak nauu bagi alasan) so aku wish ja la. mak aku memang suka bulan 5 nih sebab dia dapat banyak hadiah kot! hahaha. so untuk puan siti zubaidah jaafar anakmu ingin mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran semoga mak sentiasa dirahm,ati oleh-Nya. Sayaaaaaaaaaang MAKKK!

my mum yang tengah-tengah. of course lah kan. susah nak cari gambaQ mak aku nih sebab mak aku tak suka bergambaQ

Sunday 15 May 2011

pemergian atuk.

dear blog..

tanggal 11 May 2011 atuk adam a.k.a en. husband telah kembali kerahmatullah. aku agak bersyukur jak la sbb sempat jumpa dia. 2 bulan dia sakit tua aku ngan en. husband tak sempat nak balik tapi minggu lepas 8 May 2011 kami balik kampung so sempat jumpa. sebelum nih dia tak buka mata tapi masa kami balik dia buka mata. teharu rasa. semoga atuk ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. amin :(

selamat hari guru

dear blog..




tQ :)

Thursday 5 May 2011

semangat pagi jumaat yang indah :)

dear blog..

assalamualaikum. tepat jam 7:47 a.m aku post entry kt puansitiadliah.blogspot gila semangat macam semangat PM mai konti HOT FM pagi tadi ni la. ermm sat lagi ada baca yasin nih. opis aku tiap tiap jumaat wat baca yasin. bagus la jak bat macam tuh boleh aku mengimprovekan lagi aku punya bacaan yassin.

aku nak cita pasai keja part time aku. alhamdulillah la semuanya berjalan ngan lancar dan tenang. keja dikelilingi dengan cina depa best kot walaupun aku p keja berhijab depa gila caring punya olang sebelum aku balik depa mesti cakap take care ye @ hati-hati. aku dah hampir 3 tahun keja ngan mara tak pernah pong depa cakap macam tuh kat aku. sedih! tapi aku macam penat cikit la sbb la ni aku masuk keja kul7:30 a.m awai tuh mak aku mesti bangga. hahaha.

okei la nak p baca yassin pastu ada makan free. en.rosdi buat kenduri dia nak p umrah. alhamdulillah.

gambaQ gedik yang semangat. nampak tak mata aku gila lebam. haissh.



tQ :)

Wednesday 4 May 2011

Thor 3D

dear blog..

over gila kan title post kan. 3D pon nak bgtau. walaupun kepenatan+pening pala aku p layan jak en.husband p tgk thor 3D sampai terlena seketika. hahaha. hero dia punya la tinggi dah tuh badan ketak-ketak plak tuh. sapa dah p tgk? perasan tak heroin dia over gila kiss laki tuh kan. sapa tak over, ahaks! sbnrnya kitorang nak tgk fast five tayangan perdana tapi semua full tuuhh. dasssaaat! movie kami lambat lagi so aku n en.husband mengambil keputusan p minum kopi so terjadi la lagi aktiviti senget kitorang. hahaha. siap terserempak ngan yong lagi :P








* aku bagi 5 bintang untuk filem THOR 3D

tQ :)

biasa aja.

dear blog..

memang entry kali ni biasa-biasa aja. hehe, hari ahad arituh teman yong (kak ipaQ) p klinik gigi anak dia nak palam gigi berlobang daaa. dah si kak a.k.a jasmine tdoQ dalam keta so aku duk la dalam keta ngan kajol malaysia yang kiut miut. so berlaku la aktiviti senget kami. hahaha.








yong bagtau doctor tuh palam free sbb sblm minggu lepas dah palam gigi mikail pas2 terkuaQ. best klinik gigi tuh dia pandai tackle budak-budak. p la doctor liza kat lagenda height sebaris dengan radix fc dan maybank.

tQ :)